Thursday, December 20, 2018

Bagaimana nak jual ebook? part 2

Rasanya ramai yang dah tahu macam mana nak daftar buku dengan perpustakaan negara malaysia (PNM). Kalau anda freelance writer atau penulis bebas, anda kenalah buat sendiri semua ini. Lepas isi borang permohonan anda akan dapat maklumbalas dari PNM melalui emel kalau anda hantar melalui emel. Kalau dengan pos, anda akan dapat maklum balas melalui pos juga. Maklumbalas yang saya maksudkan adalah nombor ISBN bagi buku yang anda tulis itu yang merupakan hasil karya anda. PNM akan bagi kod-kod ISBN itu. Sila rujuk gambar di bawah.








Selepas itu? Bergantung dengan jenis buku yang anda rancang nak terbitkan, samada digital (ebook) atau cetakan buku. Kalau digital anda kena burn dalam CD salinan buku anda itu. Mungkin anda guna MS Word atau dalam bentuk PDF, anda kena burn dalam CD bagi setiap tajuk dan letak nombor ISBN anda. Dua salinan bagi satu tajuk.











Selepas dah burn dalam CD kena lah hantar ke PNM. Terpulang nak hantar dengan POS atau BY HAND. Seeloknya anda siap-siap print senarai buku anda yang nak dihantar, nanti senang pegawai di kaunter PNM COP ja akuan terima, kalau tidak kena tunggu dia isi satu slip borang penerimaan baru dia COP akuan terima.

Okay, sekarang kawan-kawan dan tahu macam mana nak uruskan dengan PNM. Next cerita saya akan kongsi cara saya siapkan satu ebook saya. Bye!

boleh check ebook saya di shoppee (RM7.00 Off for your first order with shopee) : https://shp.ee/abgu4y9

Tuesday, December 11, 2018

Bagaimana nak jual ebook?

Rasanya ramai orang kat luar sana yang nak jadi seorang penulis buku. Buku pun dah banyak ditulis tapi tak tahu nak buat apa dan nak bawa ke mana? Panduan Ebook banyak di pasaran. Boleh je beli tapi kita ni jenis yang tak mampu dan tak berani nak buat pelaburan ke arah itu. Nak tak nak, minta tolong pak cik google. Mula la search cari sesuatu yang berkaitan dengan tajuk nak jual ebook kat mana? Laku ke? Boleh dapat pendapatan sampingan hanya dengan menjual ebook di internet? 

Masih juga tak jumpa apa yang sesuai dengan diri dan yang dicari. Saya pun macam anda suatu masa dulu dan akibat belajar dengan teknik yang menyusahkan diri dan tak mau belajar dengan orang, inilah yang saya kena hadap, hadam dan telan. 

Minat sangat menulis sampai dah naik jemu asyik mengadap blog ja, kadang-kadang nak juga tengok tajuk yang ditulis itu berbentuk macam buku tapi sentiasa terfikir ke mana nak bawa pula cerita tu?? Nak jual ke atau sekadar nak memuaskan hati bila tengok kita dah ada buku sendiri yang kita tulis sendiri dan kita hasilkan sendiri? wahh! Hebat...

Selepas tu nak bagi sapa baca? Apa kandungan buku yang kita tulis? Adakah dapat membantu orang lain atau sekadar hiburan semata-mata. Mungkin kita letak tajuk suamiku encik nerd, isteriku untuk dipinjamkan, adik ku alien dan macam-macam lagi. Apa sahaja idea yang ada, kita terjemahkan dalam bentuk penulisan, mula-mula di blog...kemudian di forum-forum, kemudian arah itu terpusing melihat bagaimana penulis lain boleh hidup memperolehi pendapatan hasil cerita yang mereka tulis. Hati mula berkobar-kobar nak tahu. Nak pergi mana nak dapatkan info itu? Peninglah kalau asyik tanya pak cik google...takde orang lain boleh bantu ke?

Saya dah rasa semua tu kawan-kawan. Pening. Tanya orang pun kena tanya orang yang betul takut diambil kesempatan pula ke atas kita. Maka saya mulalah mencari ilmu-ilmu di bantu oleh pak cik google saya. Lama saya berkelana di internet. Saya memilih untuk menggunakan laluan sukar dan berliku kerana saya percaya jalan ini akan mengajar saya lebih banyak perkara berbanding jalan-jalan yang lain. Maka saya sudah menghampiri misi saya untuk menjadi penulis dan bertekad untuk mendapatkan pendapatan dalam bidang ini yang mungkin sudah ramai yang berjaya dan mungkin juga ada yang macam saya.

Perkara pertama selepas dah tulis satu cerita, eloklah kita daftarkan hasil kerja kita itu. Kat mana? kat sini ya kawan-kawan; http://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/26

Okay, kawan-kawan baca dulu isi kandungan di Perpustakaan Negara Malaysia tu...nanti kita sambung lagi...